Web Design

product 1

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Quisque nec dictum tortor.

Multimedia

product 1

Proin eleifend quam eu purus aliquet scelerisque. Sed non nibh a urna tristique vestibulum.

Customizations

product 1

Morbi suscipit, nisl eget porttitor hendrerit, arcu sapien cursus enim, id luctus felis metus urna.


APLIKASI ATAS TALIAN

Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFire Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFire
TERCIPTANYA SEJARAH SKSR


Sekolah Kebangsaan Sungai Rengit asalnya telah dibina di atas sebidang tanah berhampiran dengan Masjid Sungai Rengit secara bergotong royong. Sekolah ini mula digunakan pada April 1947 dengan nama Sekolah Melayu Sungai Rengit. Nama sekolah ini ditukarkan kepada Sekolah Umum Sungai Rengit setelah dipindahkan dalam kawasan Pekan Sungai Rengit kira-kira 3/4 km dari tapak sekolah lama.

Pada Ogos 1954, nama sekolah diubah kepada Sekolah Sungai Rengit, Pengerang, Johor dan telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Kota Tinggi. Pada tahun 1981, bangunan baru 2 tingkat dibina di atas tapak padang sekolah dan bangunan tersebut mula digunakan pada tahun 1983 dengan sepenuhnya.

Satu peningkatan SKSR diperolehi dalam Rancangan Malaysia Ketujuh apabila bangunan 4 tingkat mula didirikan pada bulan Mac tahun 2002. Ia didirikan di tapak bangunan lama yang telah berusia 47 tahun pada ketika itu dan kini hanya tinggal dalam kenangan. Bangunan 4 tingkat ini mula digunakan pada April 2003 dan kini berfungsi dengan sepenuhnya sesuai dengan kenaikan gred SKSR kepada sekolah "Gred A" pada pertengahan tahun 2002.